Tuesday, 19 July 2011

LATIHAN PENGUKUHAN- PANTUN NASIHAT

Tinggi sungguh pohon kelapa,
Tempat menjalar pohon peria,

Tumbuh merimbun pohon pegaga,
Buat makanan si anak kuda.

Sungguh tinggi si pohon jati,
Tempat berpaut sarang tebuan,

Kalau hendak melebur suasa,
Usah dilonggok bersama arang,


LATIHAN PENGUKUHAN.
Padankan pembayang dengan pemaksud yang sesuai.


…………………………………………………………..
…………………………………………………………….
Patuh kepada ibu dan bapa,
Agar hidup kita bahagia,

…………………………………………………………..
…………………………………………………………….
Semaikan budi taburkan jasa,
Kelak hidupmu dikenang orang.

…………………………………………………………..
…………………………………………………………….
Jangan diikut kata hati,
Gunakan akal sebagai panduan.


…………………………………………………………..
…………………………………………………………….

Tiada harta yang lebih berharga,
Melainkan ilmu penuh di dada,

Sunday, 17 July 2011

Hujung Minggu bersama Rakan-rakan Inovasi BM KDP

 Menaiki bot untuk menuju ke Pulau mabul
Bersama rakan-rakan di IPG sebelum bertolak ke Semporna.
 Amboi, cantiknya!
 Seronoknya berada di dek kapal bersama rakan-rakan sambil menikmati keindahan panorama lautan yang luas terbentang.
 Ewah-ewah!
Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Pulau Mabul.......
 Sambil menikmati keindahan alam.... sempat jugak menikmati juadah yang tersedia.
Saling bekerjasama...... itulah kekuatan kumpulan ini.....
 Berada di dek kapal......
 Perkampungan nelayan yang sungguh memukau mata...........

 Ha, hati-hati ya kak!
Nanti terjatuh...........
 Ha, ada yang mabuk.... gayat lagi tu..... Apa pun kuat semangat dorang ni.....
Koleksi gambar semasa aktiviti dijalankan.
Aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan-rakan KDP 4 minggu.

Di sinilah bermulanya perjalanan ke destinasi impian...

Kenangan Terindah............

Sunday, 3 July 2011

Gambar yang diambil semasa kursus tersebut dijalankan.










INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI TMK

Kursus Dalam Perkhidmatan
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Melalui Teknologi Maklmat dan Komunikasi (TMK)
(SR/SM)

Kursus ini telah diadakan selama 4 minggu bermula pada 27 Jun hingga 22 Julai bertempat di Institut Perguruan Tawau. Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah.
     Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para guru tentang pengajaran dan pembelajaran melalui Teknologi dan komunikasi (TMK).
     Antara slot yang dipelajari ialah :
  1. Membina bahan audio
  2. Simulasi bahan P&P
  3. Tapak pembelajaran
  4. Bina laman WEB
  5. Mod penerokaan dan Tutorial
  6. Enjin carian Internet
  7. Muat, naik, dan turun bahan audio
     Para peserta amat seronok mengikuti kursus ini kerana banyak pengisian yang boleh dimanfaatkan dan diaplikasikan untuk P&P.